hell?

2.saya

Saifuddin
saya:

  • kecil² memang kecil
  • membesar bersama gaban, He-man,Transformer, Thundercats, woody woodpecker, chipmunks, mickey mouse, ninja turtles, power rangers, ultraman, smurfs, teletubbies, sesame street, barney, suria perkasa hitam @ nama komersil; baja kompos hitam, cyber cop, gummy bears….
  • berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah, pegang cawan warna-warni, mencangkung kat tepi parit sederet ngan kengkawan
  • takut nurse masuk ke kelas dengan list dentist appoinment, gigi kena gerudi besi pastuh kena tampal..air mata bercucuran menahan sakit
  • gembira tiap kali waktu rehat, dapat susu free (program penggalakkan minum susu)
  • suka tiap kali mula sekolah, dapat buku free, pensel free, kasut free…
  • takut cikgu rotan guna pembaris panjang warna kuning / tangkai rotan penyapu habuk bulu ayam (paling digeruni)
  • teringat, semangkuk mi sup hanya 50 sen
  • suka jalan² ke Yaohan
  • tidak tahu apa itu INTERNET, E-MEL
  • pergi kedai runcit beli Ding Dang, Tora, Jojo, keropok 'garfield', main 'tikam', 'telur²' 20 sen
  • bila habis exam, main sahibba, monopoli, kad MAGIC, dam, chess, guli, polis sentri
  • bila loceng terakhir bunyi, beli aiskrim ngan pak cik kat luar pagar
  • time pendidikan jasmani, main bola, skipping, rounders
  • hilangkan dahaga ngan aiskrim 20sen, yang boleh dipatahkan kpd. 2 bahagian
  • suka buat lastik, baling kapur, sumpit² guna straw
  • paling ditakuti, bila darjah 6..kena panggil untuk suntikan BCG..bengkak OoOo..

itu cerita dulu²….cerita budak hingusan…yang hingusnya disedut balik bila keluar…🙂