hell?

3.aku

Saifuddin
aku:

  • membesar dengan lagu;
    bapaku pulang dari kota…
    bapa ku belikan kereta….
    kereta kecil warna merah….
    boleh ku bawa ke sekolah….
    ponponponponpon ponpon ponpon….
    kereta kecilku berbunyi…..
    marilah adik mari naik…..
    boleh ku bawak jumpa nenek..
  • juga;
    telefon berbunyik kring kring kring..
    kuangkat kutanya siapa..
    telefon berbunyik kring kring kring..
    kudengar kudengar suara…

tapi…itu hanya lagu di sekolah…lagu formal yang saya terpaksa dengar dan hafal dan nyanyikan semula diiringi bunyi alat muzikal seperti kayu tik-tok, kerincing, dan alat tiup² bernama rekorder..ala..yang macam seruling tu..tapi nih versi moden…ada lagi lagu ais kacang…nasi lemak…pulut panggang…berkelah di pantai…dan banyak lagi..tidak mampu saya nyatakan kerana 'memori' saya sudah makin berkurang…dulu bergig-gig..sekarang dah tahap kiloBIT…😀

zaman saya dulu²…feminin, iklim, lefthanded, search, wings, gaban, dan banyak lagi..semua masih gah…sekarang yang gah hanya search..yang lain dah berkubur…dikubur oleh nama² baru…dan ada juga yang dah masuk kubur..zaman saya dulu² jugak, jalil hamid nyanyi lagu 'ayam'..shamsul ghau-ghau nyanyi lagu 'selamat jalan romeo'…ketika itu mawi masih sekolah..backstreet boys baru naik, 911, moffats, the cranberries, the corrs, raihan, tomok..kalau nak tengok video, guna VHS..tape besar..kalau baling kat anjing, mampos…sarung tape bole buat kotak pensel…henpon?..huh~..poket tak muat…koyak poket kalau henpon masuk dalam…nak gantung kat leher?…buat laa…nescaya akan jadi bongkok…prefix henpon, atur-010…digi??..celcom??..maxis??…apa tu?..kedai kopi?…

naik sekolah menengah..siti nurhaliza-masih tembam..gelap..buruk.. a to z, spoon, britney spears, in-team, rabbani, hijjaz, sum 41, eminem, too phat, boboy, kristal, tomok, senario, blink 182…time ni gak laa aku baru kenal KLCC, bukit bintang, puduraya, penjara pudu, internet, e-mel, mIRC, xxx (cerita yang vin diesel belakon…ishh….otak kuning tol.. :D)…pastuh sayap makin melebar…berkenalan pula dengan HTML, windows, dan sekutu² komputer cam bill gates disket…CD/DVD?..kurang feymes (ke aku yang ketinggalan zaman??)..pendrive?…hapa menatang tu?..bole dimakan?…iraq, sadam husin, osama laden, 9/11…

masuk matrik ngan U…utada hikaru, boa, ps2, naruto, bleach, jepun, korea, Ha-Ji won…terrorist, Arial sharon, george bush..dan ntah apa-apa lagi…semua diserap masuk…asia makin hebat…tapi malaysia??…lupa pulak…measat(dulu²..time skola menengah)…melayu?..makin banyak buat maksiat…makin hebat…gah kerana benda negatif²…apa nak jadi wahai umat manusia….